Friday, 7 February 2014

KEK BUAH KUKUS (Fruits Cake)



Step by Step mudah buat KEK BUAH KUKUS 


Resepi asal oleh : Chef Zubaidah Chepa
Sumber rujukan Naj : www.azlitamasammanis.com

(tapi ada bahan yang Naj ubah sedikit)


Di sini naj nak share sedikit pengalaman yang tak seberapa nilah, naj ni pernahlah jugak beberapa kali try resepi-resepi lain sebelum ni, tapi sungguh hasilnya tak seperti resepi yang naj dapat daripada kak Azlita ni. Bukan apa kek buah ni ade beberapa jenis right? ada orang suka yang moist dan ada suka yang agak kering sedikit. Tapi bagi naj kalau moist tu lagi Umpphhh lahkan terasa kesedapannya bila kita makan tu. Kalau yang agak kering tu agak sesuai untuk jadikan kek asas yang kita deco nak buat Fondant. Yelah mengikut pengetahuan naj kek fondant especially untuk hantaran rasanya lebih sesuai kita guna kek buah yang agak kering sedikit. 

Cara nak kukus kek buah ni juga wajib bagi sesiapa yang baru nak cuba buat, tahu dan kajilah sedikit apa-apa yang patut supaya hasilnya memuaskan. Apa yang naj nak kongsikan di sini macam biasalah, kalau nak kukus kek apa-apa jenis pun mestilah tutup loyang atau bekas kek yang kita kukus tu, itu bagi mengelakkan air kukusan jatuh atau masuk kedalam kek kita tu, yelah kalau air dah masuk ermmm alamatnya jadi x cantiklah kek kita tu, hah silap-silap jd xnaik dan lambat masak pula keknya nanti.

Tips kedua kalau kukus kek buah ni lagi lama, lagi baik sebab kek akan tahan lebih lama dan tektur kek pun akan jadi lebih moist uolls. Macam biasalah kek buah ni kalau kukus guna loyang yang besar saiznya dalam 4 jam lah kena kukus, kalau kukus guna bekas aluminium tu lg cepatlah masa kukusannya.

Bahan A

340 gm gula
250 gm mentega
500 gm buah-buahan kering campuran Mixt Fruit
50 gm air panas

Bahan B

350 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 st cream of tarta
1/2 st serbuk pala (tapi x letak pun)

Bahan C

3 biji telur gred A
1 st esen vanilla


CARA-CARA

Sediakan bahan A dahulu

Cara membuat bahan A sama seperti hendak membuat gula hangus ya.

Mesti uolss nak tahukan cara nak buat bahan  A ni

1. Masuk gula dalam kuali atau periuk buka api sederhana, kacau gula hingga gula tu mencair.
2. Masukkan air ke dalam gula yang dah cair tadi perlahan-lahan ye..AWAS!!! gula tadi amat bahaya,     lepastu kacau dan tunggu sehingga gula tu perang / jadi gula hangus.
3. Masukkan mentega kacau rata hingga cair baru masukkan buah-buah kering tu. Hah lebih kurang       dah bercampur rata tu tutuplah api kita.
4. Biarkan bahan A ni suam sikit ye.

Sementara menunggu bahan A ni suam, kita ayakkanlah bahan B tu dulu dan sambil tu panaskanlah pengukus dahulu.

Bila bahan A tu dah suam masukkan pula bahan B tu sikit-sikit sambil digaul pakai senduk kayu je. Masukkan tepung sampai habis ye. Bila dah gaul semuanya bolehlah kita buat bahan C pula

Dalam mangkuk lain pukul telur tu agak-agak rata pakai garfu pun boleh dan masuk lah esen vanilla tu. Naj pukul pakai mixer hah senang sikit. Lepastu bolehlah masukkan bahan C ni ke dalam bancuhan tepung kita tadi. Gaul je rata hah dah boleh kukus lah lepas tu.

Kukus lek ini selama 4 jam dengan api yang sederhana. sekiranya kek belum masak bolehlah tambah masa mengukus.

Bila kek dah masak biarkan dahulu kek dalam pengukus, Biarkan kek tu sejuk sendiri dalam pengukus ye jangan keluarkan terus. Sebab nanti kek kita jadi terkejut dengan suhu pulak, macam kitalahkan kalau tiba-tiba pergi tempat sejuk, boleh demam terus hahah.

Ok boleh keluarkan kek dari loyang bila dah sejuk tu.

Kek kukus ni tahan lama tau, kalau nak potong kek ni pastikan dah sejuk betul baru potong sebab kalau potong waktu panas nanti potongannya jadi xkemas dan xcantik.

Psstttt nak share ni kek buah sebenarnya semakin lama kita simpan, semakin enak okey rasanya. 

Selamat mencuba semua...semoga berjaya. 

Ni antara hasil kek buah Naj, sorry gambar ni je yang ada dalam simpanan. Jadi Naj gunakan gambar ni sahaja. Teksturnya memang moist.


Fruits Cake with Deco 




No comments:

Post a Comment