Thursday, 9 January 2014

Idea menjadi Blogger.

Dengan lafaz Bismillah...

Mizz Naj nak berbicara,


Entry ni merupakan entry pertama Naj bagi blog baru ni. Dulu masa study Naj ade 2 blog tapi tu hanya untuk kelas Technology lah, semua tu idea daripada cikgu Naj dia kata "kalau kamu tak nak lupa yang saya ajar, lebih baik kamu savenya di blog agar kamu tak lupa step by step setiap apa yang saya ajar" Naj buat okey blog tersebut, TETAPi setelah sekian lamanya tidak dibuka blog tersebut, makanya Naj pun jadi terlupa dah dgn blog tersebut. Kenapa Naj xusaha untuk cari blog tersebut ialah kerana blog tu hanya berkaitan aktiviti pembelajaran so kononnya blog yang kali ini nak ubah sikitlah.... hah berbalik kenapa muncul idea untuk berBlogging semula ni adalah disebabkan kebosanan dan idea yang datang tiba-tiba. Dulu pernah jugak berangan nak menulis dan berkarya macam novelis2 terkenal tu macam Stephanie Mayer, Aisya Sofea, Ain Maisarah hah dan yang ni paling familiar bagi aku Sharifah Abu Salem. Hah nak tahu kenapa nama tu tak asing bagi aku sebab ni salah seorang penulis novel yang mak Naj minat. Novelnya tak silap diberi tajuk "Masihkah Ada Kasih" diterbitkan pada tahun 1999, dan disebabkan novel ni juga mak aku kenal namanya...sekaligus dengan Naj...Naj sekali tahu namanya. Erm hajat xkesampaian, jd blogger pun jadilah. so kawan2 di luar sana let's support kiwimaduu8.blogspot.com. 

Kalau korang kat luar sana nak tahu lagi, kenapa blog ni baru wujud, hah ni semua sebab Naj yang menjadi penganggur terhormat lebih kurang setahun selepas bergraduasi. Ni lah nasib hidup graduan pendidikan yang tidak bernasib baik, huhhhhuu touching tak korang??? Tapi kita sebagai manusia kenalah berusaha dan jangan berputus asa, kerana rezeki Allah itu amat luaskan. So bak kata Nora Danish " Kita enjoyyy". cerita berkaitan kenapa Naj tak posting sampai sekarang ni Naj akan kongsikan di next entry ye...so tunggu.....Hah nak tahu sekarang ni Naj buat ape pun tunggu next entry okey.

Insyallah dalam blog ni akan Naj kongsikan pelbagai pengalaman dan cerita-cerita yang boleh memberi manfaat kepada korang semua. Blog ni bukan sahaja dapat membantu Naj mencatat segala pengalaman, kongsi ilmu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan Naj, manalah tahukan nak kongsi dengan anak-anak dan cucu-cucu di masa akan datang kan senang. Almaklumlah kita ni manusia, mudah alfa dan terlupa. Jadi marilah kita semua rakyat Malaysia berblogger..cewah pattriotic sangat kan!!

Insyallah selepas ini Mizz Naj akan cuba berkongsi cerita, info dan pengalaman yang bermanfaat dan berusaha menjadi penulis yang ikhlas kerana Allah.

Hah picture ni romantic kan view nya...next entry Mizz Naj bagitahu anda semua di mana lokasi ni, wahh terverrangan untuk candle light diner gituww uolss...

No comments:

Post a Comment