Wednesday, 19 November 2014

Rawatan Wajah Berminyak & Liang Roma Kasar

Petua Cantik, jimat dan berkesan.

Sekarang ni Naj pun sedang mencuba rawatan ini, sumber rujukan Nak ialah Majalah Dara.com. setelah Naj jumpa article ni Naj pun buatlah entry ni. Manalah tahu ada yang nak follow tips kecantikan murah dan menjimatkan ini.

Rawatan menggunakan Lemon


Cara-caranya :

Gunakan jus lemon, perah jus lemon kedalam mangkuk. Simpan dahulu jus lemon yang kita dah perah ke dalam petiais selama lebih kurang 30 minit. Selepas itu sapu gunakan berus ye di muka anda dan biarkan selama setengah jam, bia kan ia kering sendiri. Kemudian bersihkan wajah anda dan pakailah penyegar atau pelembab. Amalkan petua ini seminggu 2 kali untuk hasil yang lebih baik.




Rawatan dengan putih telur pula, cara-caranya: 

Ambil putih telur, sejukkan ke dalam peti sejuk dahulu selama 30 minit. Kemudian sapu rata dengan berus lembut ke wajah anda ye. Biarkan seketika lebih kurang setengah jam. Cuci bersih dan sapulah penyegar dan pelembab wajah. Naj sarankan agar anda amalkan 2 kali seminggu kedua-dua petua tradisional ini ye untuk hasil yang best.


Putih telur


Nak lihat hasil petua-petua ini??? Lihat kulit Naj Sebelum dan selepas
Naj hanya mengamalkan petua atau tips2 yang Naj share di Blog ini shaja.


** Hasil penjagaan dan rawatan wajah di rumah, almaklumlah Naj kan belum posting lagi jadi kekurangan $$$ untuk beli produk2 yang mahal di luar sana. Percayalah dengan kesan dan hasil petua nenek moyang kita dahulu kala....anda akan rasa puas hati. biar lambat asal selamat ...

Next entry Naj share pula cara cara mengawal perut daripada menjadi buncit...


Sunday, 16 November 2014

LEGOLAND MALAYSIA RESORT

A day here : Theme Park Legoland


Mizz Naj pergi ke legoland ni pada 31 Oct yang lalu, kiranya percutian tak dirancang pun that’s why Naj tak prepare pape sangat. Keterujaan dalam diri pun tak lah seperti kanak-kanak, bukan apa mostly yang dah pergi ke Logoland akan kate huh boring, bosan dan satu perkara lagi yang ni memang tak tinggal rata-rata orang kate panas. Cuaca kat Malaysia beb memanglah panas, kalau nak sejuk pergilah negara yang ada salji sana, hah barulah betul.


Okey entry ni Naj nak cerita sedikit pengalaman Naj ke Legoland tu dan semoga cerita Naj ini dapat dijadikan panduan kepada kalian yang nak pergi ke sana nanti. Naj sebagai anak jati Johor amat mengalu-alukan kalian semua datang ke Legoland ini cewahhh…Hah sampai-sampai je dekat pintu masuk yang orang selalu bergambar depannya tu, macam gambar Naj kat bawah ni. Jangan lupa ambil gambar dulu….rugi kalau tak gambar okey.


Pintu Masuk


Ticket Naj sarankan agar kalian semua beli ticket secara on9 sebab harga akan lagi murah sedikit jika dibandingkan dengan beli walk in ticket. Satu lagi misal katalah anda semua tak sempat nak beli ticket secara on9 anda bolehlah beli ticket walk in TETAPI untuk lebih jimat walaupun anda beli walk in Naj sarankan  anda bayar menggunakan DEBIT CARD kerana harga ticket anda akan dapat lebih murah, ada diskaun dalam 15% ke 10% Naj pun dah lupalah…jadi harganya RM90 +++ Aiyakk banyak makan semut ke????


Harga ticket ye jika walk in dan on9 :

TiketHarga Asal
Online (7-Hari Tempahan Awal)*
Tiket Sehari Dewasa (12-59)
RM 140
RM112
Tiket Sehari Kanak-kanak (3-11)
RM 110
RM88
Tiket Sehari Warga Emas (60+)
RM 110
RM88

*Tempahlah tiket anda lebih awal, sekurang-kurangnya 7 hari sebelumnya dan jimat sehingga 20%.


Hah  bagi anda yang memerlukan cash jangan risau ATM ade di sebelah kaunter ticket ye sebelum entrance tu, hah  yang nak sewa locker lebih baik anda lakukan sebelum anda masuk, dan sesiapa yang tak bawa baby stroller pun anda boleh lah sewa di sebelah kanan selepas entrance tu..tapi xsesuai untuk baby pun sebab stroller tu sesuai untuk kanak-kanak usia 3 tahun ke atas. Tapi disebabkan kakak Naj tak bawa baby Stroller tu jadi kami sewa lah, mujur jugak pakngah Darwis ni kreatif die letak car seat baby tu kat stroller hah  jadi Darwis yang baru 3 bulan tu blh lah tido dengan selesanya..Bukan Darwis je dengan barang-barang skali kami letak..Sewaan hanya RM45 sahaja bagi saiz yang besar.
  
Stroller Darwis
                              




Okey jom kita mulakan adventure, Tips masuk je Legoland, terus ke attraction di sebelah kanan sebab biasanya orang akan lebih cenderung ke arah kiri dahulu. Mana tidaknya kiri tu dah nampak attraction ride2 yang ada.

Di sebelah kanan tu kita akan ke kawasan LEGO City, di sini ada macam-macam yang cica, wawa n kakchik boleh ride antaranya drive kereta sendiri, bawa boat, jadi bomba, pilot dan ada juga train yang disediakan untuk round sekitar kawasan Legoland ni. Ada lebih kurang 9 jenis ride yang kanak-kanak boleh cuba di bahagian ni.




Driving School

Selepas driving school kami ke Boating school pula, cica n wawa yang memandu boat tersebut. Lego Rescue Academy pula hailah menyosal Naj masuk skali, adoiii kne bekerja keras kami menggerakkan lori bomba tu untuk pergi memadam kebakaran, tapi demi melayan cica n Wawa ni Naj pun kenalah mengepam-pam lori tu supaya die gerak dan memadamkan api guna pili Bomba tu. Okeylah dapatlah pengalaman si Cica n Wawa jadi Bomba kan.Dah Jadi Bomba Cica n Wawa jadi Pilot pula Di LEGO CITY AIRPORT.


Pharaoh's Revenge 
(Tips kutip bola banyak2 dan masukkan dalam meriam)
Kami diteruskan lagi di LAND OF ADVENTURE pula, ni adalah tempat yang Naj Paling suka sebab viewnya… ade ride Beatle Bounce kat sini Cica, Naj, Wawa n Pakngah naik huh rase takut jugak bila kat atas tu. Selepas tu kami masuk ke bangunan Lost Kingdom kita bolehlah jelajah di dalamnya dengan menaiki trainnya dan kita kena tembak lampu merah semasa di dalam Lost Kigdom ni. Seronok bukan main cica….Di Pharaoh Revenge ni pula Cica n Wawa main tembak-tembak guna bola span. Tempat yang kami tak sempat pergi ialah Dino Island hah ni boat yang gelungsur masuk air tu, terasa rugi pula. Kami tak sempat nak pergi tu disebabkan oleh awan yang dah mendung ya amat, nak hujan jadi kami short cut ke MINILAND, ni lah monumen2 yang dibina daripada Lego Ada KLIA, PUTRAJAYA,KL, JB, SINGAPORE, BRUNEI dan lain-lain. Disebabkan hujan mulai renyai-renyai turun.


Lost Kingdom


Miniland

Disetiap destinasi tu terdapat Shop ye yang anda boleh beli souvenir, tapi Naj tak beli pun Mahal ya ampun…biasalahkan tempat-tempat macam ni. Restaurant, café dan stall pun banyak terdapat di sekitar kawasan ni. Air mineral dijual RM3 manakala Ice lemon tea/ribena RM5. Ada juga botol khas LEGOLAND dijual pada harga RM28, Naj beli botol tu juga supaya senang setiap kali refill RM5 je


 Lego Star Wars Miniland



Naj bawa lah cica n Wawa pergi ke kawasan LEGO TECHNIC kami masuk ke LEGO STAR WARS dalam ni kami ditayangkan video dahulu lepastu baru melihat dunia STAR WARS. Masa kami keluar tu hujan mulai lebat, kami pun berlarilah ke LEGO ACADEMY..dekat Lego Academy ni kita bolehlah main lego tu puas-puas, sebab banyak giler lego disediakan, kami duduk di satu meja, sekeluarga main lego kau sementara menunggu hujan reda. Waktu hujan semua ride diberhentikan. Jadi puas sungguh kami main lego tu.
Lego Academy


Selepas hujan berhenti kami teruskan ke ride2 seterusnya di Sekitar Kawasan LEGO TECHNIC, kawasan ni memang banyak ride yang boleh kita naik, antaranya Technic twister di mana kita duduk di dalam cawan giant dan pusing2 keliling…adoiii pusing2 kepala gue naik ini…Yang ni Cica tak boleh naik sebab tinggi kurang drpd 110cm. Lepastu Wawa n cica naik AQUAZONE WAVE RACER ketinggian kne lbh drpd 100cm. NAJ tak naik pun sebab tak mahu baju basah. Kalau basah actually ade disediakan Body Dryer di sebelah AQUAZONE tu. 


Aquazone Wave Racer tu gambar yang sebelah kiri atas cica naik kuda tu di Royal Joust




Lego Kingdom

Ade satu lagi ride ala-ala Project X ni namanya DRAGON APPRENTICE dan THE DRAGON ketinggian cica membolehkan dia naik kedua-duanya…Ride ni ala2 Project X juga tapi taklah corner lipat/corner baring macam Project X tu. Coaster ni bentuk seekor naga tau…Cuma xde api je. Last sekali kami ke ROYAL JOUST sebab cica n wawa dah nampak kuda ni bergerak daripada the dragon tadi…Cica siap minta 1 more time lagi sebab xpuas ride kuda tu. Banyak juga tempat kami tak sempat nak pergi disebabkan masa tak cukup kena pula hujan. Jadi pukul 7 kami keluar daripada Theme Park tersebut dan pergilah makan. Masa kat dalam tu kami hanya makan burger n kentang sahaja. Jadi memang kelaparan lah kan, ini perut. Jadi keluar je daripada LEGOLAND tu ada Medini Mall kami sempatlah makan di KFC sebelum pulang.



** Pendapat saya Legoland ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, sebab kalau kita bawa kanak-kanak di bawah usia 3 tahun tu macam terasa rugilah, banyak ride yang meraka xboleh naik dan main. 

Saturday, 8 November 2014

Demam SPM

SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI ISI HATIKU INI.

Sesungguhnya jiwa, hati dan perasaan aku yang berkobar-kobar untuk menginjakkan kaki di Sekolah hanya Tuhan yang tahu. Setahun telah berlalu, Memori berpraktikal di SMK Putrajaya Presint 16(1) memang tidak dapat dilupakan. Walaupun pengalaman mengajar hanya lebih kurang 4 bulan tetapi ianya sungguh indah. Ehhhh..ehhh dah melencong jauh antara tajuk dan cerita ni. Kalaulah Cikgu Bm yang menanda penulisan ni mau dapat GAGAL kan...

Hah sebenarnya Cikgu awak ni nak menggamit memori jer...Sambil tu nak ambil mood wish kat kamu semua Good Luck On Your SPM my dear student. Terima kasih juga pada cikgu ika sebab dah bg link news ni, kalau tidak memang aku x perasan pun berita exshool aku ni masuk paper.



Sumber gambar diambil daripada Berita Harian Online 




#semoga kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat kelak, Insyallah#

Monday, 2 June 2014

TIPS KECANTIKAN (RAWATAN WAJAH DI RUMAH)

SERBUK KAYU MANIS ATAU CINNAMON

Kos Rawatan dan Penjagaan Wajah Yang Menjimatkan. 
Tak perlu pergi ke spa uols

Naj nak share kepada readers keberkesannya yang Naj sendiri alami, Actually jujur Naj katakan sekarang ni alhamdulillah kulit muka Naj dah semakin ok jika dibandingkan dengan dulu-dulu. Especially masa Naj study kat University, tulah ketara nampak muka Naj sungguh kusam dan bercapuk-capuk, sebab masa tu zaman kegemilangan Naj dalam aktiviti Sukan outdoor/indoor. Sekarang ni tiada lagi masalah kulit kusam dan bercapuk tersebut. Hah nak tahu nilah rahsianya rawatan kulit muka guna serbuk cinnamon ni.

Lepas je grad Naj duduk rumah dan hanya habiskan masa dengan family dan disebabkan ada masa lapang yang banyak dan timbul kesedaran untuk nak jadi berseri dalam diri ni. Naj pun ikutlah petua-petua kecantikan orang dolu-dolu guna serbuk cinnamon. Tak payah cita banyaklah ye mari kita lihat cara-caranya.



Bahan-bahan dan Cara-caranya:

1 sudu besar serbuk kayu manis 
3 sudu besar madu asli

Bancuh serbuk kayu manis tu dengan madu agak-agak dah sebati tu, tepek lah terus di wajah ye. Tepek rata-rata lepastu biarkan dalam 1 jam. Hah lepastu bolehlah bilas dengan air suam.
Selepas dah cuci rasainnn nikmatnya, huh betapa segarnya anda akan rasa.

Bagusnya rawatan ni ialah :
1. Mempercepatkan jerawat anda kecut dan kesan-kesan jerawat boleh hilang. 
2. Merawat kulit kering.
3. Mengurangkan garis halus pada wajah.
4. Meratakan rona kulit wajah

Amalkan seminggu sekali untuk permulaan yang berkesan, Percayalah anda akan rasa perubahan yang luar biasa. Sebab kayu manis ni mengandungi anti-mikrob yang boleh beri manfaat kepada kulit serta anti oksida yang tinggi  boleh membantu mencantikkan kulit anda.


*** Kadang-kadang Naj tepek je pada wajah terus dengan cara basahkan wajah lepas tu terus sapu          serbuk cinnamon tu rata-rata. Hah ni time rasa kemalasan tu melanda diri ini.






Thursday, 1 May 2014

GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN PART I


MY TOUCH : TEMPAHAN GUBAHAN HANTARAN

Annyeong!!!!!

 "Everyday is a new chapter" inilah kata-kata yang sering terungkap dalam hati Naj so mari kita try sesuatu yang baru dan cabar kebolehan diri kita.

Erm nilah yang sering Naj lakukan dalam kehidupan harian, Dalam entry sebelum ni "Mencabar Kebolehan Diri" Naj dah buktikan bahawa setiap manusia mempunyai kebolehan masing-masing, cuma hendak atau tidak je melakukan sesuatu. Hah kalau ingat juga Naj ade bercakap pasal TAMAK kan, ni adalah salah satu bukti ketamakan Naj sentiasa mahu lakukan semua sendiri atau kata omputeh DIY.

Hantaran First yang Naj buat bersama kakak Naj nilah yang menjadi sumber kepercayaan rakan-rakan Naj menempah dan meminta tolong Naj gubah dan buatkan. Harga pun Naj just kenakan mengikut jumlah modal je. Sebab ni cuma suka-suka dan back tu mencabar kemampuan diri.

Ni dia gambarnya:

Hantaran Pertunangan Kakak Naj

Tema: Pink





Hah di bawah ni pula antara tempahan hantaran perkahwinan yang Naj dah gubah, mengikut tema dan style yang di kehendaki :

 Tema : Soft Pink

 Tema : Hijau + Cream

# Next tempahan hantaran Naj akan update ya, tunggu#




Thursday, 13 February 2014

Singapore By car

A Day Here : From Johor to Singapore

Naj visit Singapore ni tahun 2010, jadi dah basi pun kan kalau kek hahah
ni kira short vacation Naj n Kakngah Naj lah.  We all pergi pun time weekend Naj xde class n kakngah cuti. Disebabkan trip ni xdirancang dan hanya terjah sahaja dan duit poket pun xbanyak makanya kami hanya jalan-jalan sekitar Sentosa Island je. Tujuan habiskan masa je, almaklumlah Naj ni blaja kat Bangi kakngah pula kerja Di Johor. Kononnya kakngah nak bawa adik kesayangnya ni berjalan lah di Singapore. Kami pergi naik kreta je. 

Seawal 10 am kami dah keluar dari rumah, dan terus pergi ke destanasi yang kami nak pergi. sebelum tu kami tukar RM-Sing Dollar lah sikit duit untuk makan dan kot2 nak beli souvenir kan. Kami plan nak ke Sentosa Island dan Mustafa Centre je dan pusing2 sekitar singapore

Kami pergi ke Mustafa Centres dahulu untuk beli souvenir, kat sini macam-macam ada, daripada barang makanan hinggalah pakaian, emas dan perfume. Macam-macam ada di Mustafa Centre ni. Kalau kat Langkawi kira macam Haji Ismail Group lah. Naj dengar kat Mustafa ni barang bolehlah murah-murah. kekacang di sini pun boleh tahan sedap dan murah2.


Bangunan dan Kawasan Mustafa Centre







Naj sarankan sesiapa yang nak beli souvenir bolehlah ke Mustafa Centre ni di Syed Alwi Road ni. Betol macam-macam ada dan murah-murah.

Kami ke Marina Place ni konon nak tengok -tengoklah, tapi kami tak turun daripada kereta pun, tempat ni masa tu tengah renovate.







Destinasi seterusnya ialah Sentosa Island
Kat Sentosa Island nilah tempat yang ade Cable car dan kawasan USS

View dalam kereta sebelum sampau USS


Bangunan Sentosa Island

 Cable Car

Tempat kami Parking Kereta 

Hah nampak tak???

Globe Universal yang slalu org gambar tu


Pintu USS

Posing sket depan USS, kalau nak beli souvenir kat luar USS banyak shop ye

 Berhadapan dengan USS ade Hard Rock Cafe

 Yum..Yummmm


 Beli satu Tshirt Uss

FM dan Key chain 

Pilih-Pilih nak yang mana

FM

Posing dulu sebelum pulang

Okey dah malam ayuh kita pulang.....Dalam perjalanan pulang tu kami singgah ke Merlion Park yelah bila lagi nak tengok singa besar tu kan. dan bangunan ade kapal yang menjadi lambang Singapore tu...Jom-jom..

Kebetulan masa Naj pergi di situ ade International lighting Festival
Jadi memang kena sangatlahkan, dapatlah Naj tengok lampu-lampu yang bewarna-warni tu.










Dalam perjalan balik Naj tertarik dengan satu kawasan tu, Bugis Street bangunan yang di bina memang class kau jah klasik gituuu



Okey ni sahaja cerita Singapore Naj, Nextime Naj Update lagi kisah ke Singapore ye.